Getting on the blog-in-Malay bandwagon (and making it cool)

September 1st, 2005

Walaupun blog (kah belog?) ni secara teknikal belum siap/lengkap lagi macam meja tiada kaki (Selain mengimport blog Movable Type saya yang terbunuh tu, memang banyaklah saya mahu buat! Misalnya templat Kubrick ni, sudah muak tengok. Mahu bikin templat sendiri tapi belum biasa dengan organ dalaman Wordpress lagi), dan yang lebih mustahak saya kini amat sibuk dengan pengajian, saya mahu mencuri masa untuk mengarang dalam Bahasa Melayu (kah Malaysia?) di sini sempena Hari Merdeka. Yalah, seperti yang dicadangkan dan ditunjukkan oleh dewi blog Malaysia kita minishorts. (Beliau memang hebatlah mengarang dalam BM. *tabik* Saya pun terasa bahang kiasu (tak nak kalah!).)

Hendak cerita pasal apa pula? Entahlah, saya langsung tidak merancang aktiviti ini. Borak kosong sajalah.

Sememangnya lepas sekolah saya tidak pernah lagi menulis dalam BM. Masa sekolah pun pakai BM yang formal saja. Bahasa seharian saya ialah bahasa orang putih dan BM dialek Sabah. Inilah kali pertama saya menulis dalam BM baku di ruang awam. Tidak sangka seronok pula!

Saya akan memblog dalam BM proper tapi kasual, mungkin dengan sedikit bau bahasa Sabah tapi tidaklah pekat (nanti kamurang nda paham bah), dan sebagai orang Sabah saya juga insist untuk tidak menggunakan bahasa Semenanjung (ye lah Sabahan pride kot, lagipun tak nak kengkawan kat Sabah naik loya). Dan oleh sebab Bahasa Inggeris saya lebih kuat, memang akan terselit perkataan BI juga; jangan complain ya.

(Kalau nak tahu dan sampai sekarang masih belum tahu lagi, saya ni orang Cina campur Kadazan (Sino-Kadazan). Sebenarnya semua orang Sabah — tidak kira kaum — biasa bercakap Sabah, jangan hairanlah. Ada juga orang kata, orang Sabah dan Sarawak ni jauh lebih baik tahap Bahasa Inggerisnya daripada orang Semenanjung. Benarkah? Hmm...)

Okeylah, saya mahu cerita pasal blog BM. Relevan, dan saya rasa menarik juga.

Majoriti blog BM yang saya pernah baca bersifat diari dan berbahasa pasar/SMS (sebenarnya kebanyakan blog BI tempatan pun macam tu juga). Blog-blog begini (tidak kira bahasa) biasanya saya malas baca, elak jauh-jauh. Saya fikir itulah normanya, tapi sejak kebelakangan ni saya telah jumpa blog-blog BM yang gaya isinya boleh dianggap equivalent blog-blog BI berkualiti yang sudah terbiasa di PPS. Walaupun BM yang digunakan baku, ia berbunyi kasual dan selesa dibaca, malah menampakkan intelek yang tinggi (dan pemikiran yang urban, semulajadinya). Dengan jujur, saya kagum. Empat contoh di sini:

  • Fantasia Akademi, sebuah blog komentari AF musim 3 (ya malunya saya...) di mana penulisnya Sikapitan memilih untuk memblog dalam BM walaupun dengan mudahnya beliau boleh menulis dalam BI. Komentarinya padu, pretty intelligent dan agak mudah dibaca. Yang menariknya, beliau menunjukkan kelainan dengan menggunakan kata ganti diri "hamba." Cool.
  • Sekadar Media Picisan. Sebab AF3 kan sudah tamat, sejak lewat Ogos ini Sikapitan meneruskan usaha memblog di sini, sebuah blog berita seni dan pop culture tanahair. Cerita AF ada, cerita Malaysian Idol pun ada, lain-lain pun ada.
  • The Naked Climatologist, sebuah blog orang Sabah yang bercampur BM dan BI (komen pembaca ada juga dalam Bahasa Dusun. Heheh, saya tidak dapat tolong tentang itu). Blog ini sedikit sebanyak membincangkan politik, isu semasa dan kebudayaan yang bersangkutan masyarakat Kadazandusun, orang Sabah dan Malaysia amnya.
  • Neohikayat Press, blog rasmi rumah penerbitan (is that how you say it?) yang senama. Sasaran Neohikayat ialah membantu evolusi BM kontemprari, setahu saya. Ia sudah menerbitkan buku pertamanya berjudul Wilayah Kutu; kalian mungkin pernah dengar. Selain berita tentang Neohikayat, terdapat juga cerpen-cerpen pendek karya taukenya, Ruhayat X. Kalian mesti baca. Best oh.

Ampun, empat saja. Mungkin bukan contoh yang terbaik juga. Saya tidak biasa selok-belok sfera blog BM. Rasanya ada lebih ramai blog (saya sebenarnya memang suka menyalahgunakan perkataan "ramai," hehe) lagi yang serupa, bukan?

By the way (tolonglah arifkan saya macam mana hendak cakap ni dalam BM), berkenaan membantu evolusi BM kontemprari: Pada pendapat saya, memblog dalam BM — seperti yang saya buat ni lah — juga boleh nurture peningkatan kualiti, kepintaran dan kepelbagaian BM. Orangnya lah yang kena pintar dan pelbagai.

Terbuktikah bahawa BM adalah bahasa yang laku dalam arena blog sosial/topikal (selain blog peribadi)? Lihatlah artikel The Enstraged Relationship between PPS and GJ Pingers; bahagian yang berkenaan adalah yang berikut:

Eventhough most PPS pingers are still blog about personal life such as their dining and clubbing experiences, a lot of them do try to start some serious discourses on current issues, for example, during the recent AP saga.

For GJ blogs, the main contents are daily rantings in colloquail Bahasa Malaysia. To illustrate it better, let me show you a paragraph that I have found in Adreen's old blog, Melawan Arus,

"aku ada pakai 3 line skang - poyo giler mcm la aku buat bisnes juta-juta kan? hehe - satu 012 yg aku pakai lama giler dan nombo lawa giler, satu 013 aku pakai sejak tahun lepas, satu lagi 013 disapot oleh bos aku yang aku jarang-jarang pakai aa...
aku ada 2 henpon, mmg spesis zaman batu punya henpon la, yg nokia 8210 ngan butterfly 8250 punya tu la… yg butterfly tu plak rosak sebab bila org call, depa tak dengar sore aku - sian aku mcm cakap ngan org pekak plak huhu..."

While we don’t jump to the conclusion by saying that there's no Bahasa bloggers in PPS and no current affairs bloggers in GJ, it is not far from truth.

Which leads us to another question. As raised by [MENJ] that Bahasa Malaysia (baku) is not a "bloggable" language. You can use it to write cerpens or poems which are berbunga-bunga, or write official correspondences and statements which are very formalistic, but to express your thoughts in a brief paragraph, sorry. But let's keep this story for another day.

Ah. Perkara ini layak dibincangkan dengan lanjut. Sila, sila.

Okey. Memang benar saya ni tidak cukup kerap memblog, tapi selalunya saya mengarangkan pos yang panjang, bukan? Saya rasa ini sudah cukuplah. Kerja pun belum siap. Penat. Lapar pula. Saya mahu pergi makan kentang Perancis. Atau kentang merdeka. *golek mata*

Happy Merdeka Day everybody.

UPDATE: They found me. I'm a blog-in-Malay-for-Merdeka-Day statistic. w00t!



2 Comments to “Getting on the blog-in-Malay bandwagon (and making it cool)”


  1. Fazli said:

    Satu usaha yang bagus dan wajar diberi pujian. Sepatutnya semua pihak sedar bahawa Bahasa Melayu/Malaysia (BM) juga mempunyai kelas yang tinggi setanding dengan bahasa yang utama dunia seperti Bahasa Inggeris, Sepanyol dll. Malangnya terlalu ramai pengguna yang bersikap sambil-lewa dalam penuturan mereka lebih-lebih lagi dalam penulisan.

    Harapan saya, pemblog ini tidak kalah dengan sekian banyak blog berbahasa Melayu/Malaysia yang rendah kualiti bahasanya. Diharapkan, pemblog ini juga sentiasa berani menempuh cabaran dalam berbahasa agar tidak terikut-ikut dengan trend pemblog terkini yang gemar menggunakan Inggeris yang kurang berkualiti.

    # "By the way" bleh digantikan dengan 'baiklah'. Lebih ringkas dan mudah.

    Mari sama-sama kita jadikan Bahasa Malaysia disegani di mata dunia.


  2. LIONELblogs » Blog Archive » Not blogging as usual, so please read my old stuff said:

    [...] talk of the town (this was incredibly popular among Sabahans) - Whose merdeka is it anyway? - Getting on the blog in Malay bandwagon and making it cool - Terror grips London not - Rubbish, we don't want to be happy, we want to be famous - Things that [...]

Leave a Reply

Buy Cialis cheap cialis buy cialis online generic cialis cialis Purchase Cialis order cialis cialis online discount cialis cialis without prescription Cialis No Prescription